KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Keputusan memberi kemudahan kepada individu yang menerima dua dos vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan data yang dikumpul di dalam negara tentang keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang diguna pakai di seluruh dunia.

“Keputusan pemberian kemudahan ini semestinya akan memberi risiko peningkatan bilangan kes harian. 

Namun, kerajaan juga tidak boleh memandang ringan manfaat setelah divaksin lengkap dan juga peranan kemudahan-kemudahan ini terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara,” katanya dalam pengumuman khas mengenai kelonggaran kemudahan itu hari ini.

Beliau berkata penerima vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan virus COVID-19 dan melindungi diri daripada mendapat gejala jangkitan yang lebih teruk, serta mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes positif COVID-19 sebanyak 50 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here