KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Seorang lelaki dan dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian ketika polis menyerbu dua kondominium di Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata ketiga-tiga individu yang ditahan dalam operasi pada 5.30 petang itu berusia lingkungan 20-an dan disyaki bekerja sebagai operator di kediaman yang disewa RM2,000 sebulan.

“Mereka mula beroperasi sekitar awal tahun ini… kesemua yang ditahan disyaki operator yang diupah untuk mengendalikan pusat itu dan membuat panggilan sebagai cara untuk mempromosikan perjudian dalam talian dengan menggunakan aplikasi serta laman sosial (kepada pelanggan di China).

“Polis turut merampas pelbagai peralatan komputer termasuk tiga unit monitor komputer, tiga unit pemprosesan komputer, 56 telefon bimbit, router, modem dan peralatan lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here