ARAU, 14 Ogos — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Galeri DiRaja Arau, hari ini.

Istana Arau dalam kenyataan memaklumkan pada pertemuan tersebut, pelbagai perkembangan berkaitan bidang pertanian dan industri makanan dibincangkan serta potensi dan peluang-peluang berkaitan pertanian yang ada khususnya di Perlis. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Badrul Hisham Mohd dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Industri pertanian dan makanan menjadi perkara yang perlu diberikan penekanan terutama sekali memandangkan situasi penularan pandemik COVID-19 yang mungkin menjejaskan pendapatan dan sumber makanan rakyat dan memastikan bekalan makanan negara terpelihara, menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here