GEORGE TOWN, 20 Sept  — Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan bersama-sama pihak hospital swasta bagi menambah kapasiti kemudahan perubatan di Pulau Pinang memandangkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi di negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong yang turut menyatakan kesediaan KKM untuk memberikan arahan serta nasihat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi memulihkan keadaan penularan COVID-19 di negeri ini secara menyeluruh.

Katanya, beberapa perkara berkaitan keadaan COVID-19 di negeri ini telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut dan disusuli dengan isu-isu yang telah dipersetujui serta diputuskan semasa lawatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ke Pulau Pinang pada 11 Sept lepas.

“Antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan pembinaan hospital medan sebagai fasiliti tambahan bagi merawat pesakit COVID-19 dekat pekarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang kini masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Saya turut dimaklumkan bahawa KKM juga telah menghantar tenaga pakar serta sumber manusia untuk membantu JKNPP dalam menghadapi kadar peningkatan kes-kes COVID-19 di negeri ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here