NANNING, 26 Okt — Forum Peringkat Tinggi Pembangunan Hijau dan Mampan China-ASEAN serta Forum Kerjasama Persekitaran China-ASEAN membuka tirainya secara rasmi di Nanning, Guangxi pada Isnin.

Selaku penganjur, selain mengambil peluang melaporkan kemajuan terkini mengenai usaha pembangunan peradaban ekologi dan pemeliharaan persekitaran, China turut mengulangi tekad untuk bersama ASEAN bagi melaksanakan “Kerangka China-ASEAN, Strategi Kerjasama dan Rancangan Tindakan mengenai Persekitaran 2021-2025”.

China juga berharap agar komunikasi berhubung dasar, dorongan penyelarasan pendirian, dan sumbangan kepada tadbir urus persekitaran global dapat dilipat ganda, sekali gus memanfaatkan peluang pemulihan hijau, mengoptimumkan potensi kerjasama, serta menyuntik kedinamikan kepada pembangunan hijau dan karbon rendah.

Peserta forum itu turut menyambut baik pencapaian yang dicapai sejak forum itu dimulakan, giat  memperkukuh hubungan dengan rakan strategik bilateral, mempromosikan pentafsiran rakan hijau, dan menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pemeliharaan alam sekitar.

Untuk rekod, sempena Tahun Kerjasama Pembangunan Mampan China-ASEAN pada 2021, sebanyak 19 aktiviti telah diadakan.

Sebagai satu daripada kempen yang penting, forum itu telah menarik lebih 300 wakil dari jabatan persekitaran, dan kedutaan ASEAN, jabatan ekologi tempatan China, pertubuhan antarabangsa, institut pengajian serta perusahaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here