IPOH, 24 Dis — Sebanyak 1,732 orang siswazah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-20 universiti itu yang diadakan sejak 18 Dis.

Sebanyak 1,466 siswazah menerima ijazah Sarjana Muda manakala  266 orang menerima Sarjana Muda terdiri daripada 184 orang siswazah antarabangsa daripada 30 negara termasuk Indonesia, India, Sudan, Bangladesh, Pakistan dan Yemen.

Majlis Konvokesyen secara bersemuka itu diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti ditetapkan dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan serta penjarakan fizikal.

 Ini adalah kali pertama UTP mengadakan majlis konvokesyen sebanyak 10 sesi bermula 18 Dis bagi mematuhi SOP ditetapkan, berbanding sebelum ini majlis berkenaan diadakan sehari.

Majlis konvokesyen kali ini juga amat bermakna buat UTP dengan pelantikan dua Pro Canselor baharu iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Ahli Lembaga Pengarah yang juga bekas Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Kedua-dua Pro Canselor baharu dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Teknologi Petronas Sdn Bhd Bacho Pilong bergilir-gilir menyampaikan skrol ijazah kepada graduan semasa majlis konvokesyen berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib yang juga Eksekutif Pengurusan dan Ahli Senat UTP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here