KUALA LUMPUR, 9 Feb  — Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, bekas perdana menteri itu memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” menurut catatan itu.

Muhyiddin turut meminta mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Beliau juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here