SINGAPURA, 22 Mac — Tiada laporan rakyat Singapura terlibat dalam nahas pesawat MU5735 China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China, setakat ini, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu.

“Kami memantau rapat keadaan itu dan berhubung dengan pihak berkuasa China.

“Pihak kami turut menghubungi warga Singapura di Yunnan dan Guangzhou yang telah mendaftar dengan MFA,” kata jurucakap kementerian itu pada Selasa.

Pesawat MU5735 dalam perjalanan dari Kunming menuju ke  Guangzhou, membawa 132 penumpang dan sembilan anak kapal.

“Kami difahamkan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal,” menurut kenyataan itu.

Pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian bandar Wuzhou pada 2.38 petang Isnin.

Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here