KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata kejadian berlaku pada 9.38 malam.

Menurutnya, Pusat kawalan Daerah Dang Wangi terima panggilan orang awam pada 9.45 malam memaklumkan kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mangsa adalah seorang wanita berusia 23 tahun.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita itru seorang diri berjalan di aras empat lalu memanjat penghadang besi sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here