ALOR SETAR, 4 Ogos — Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling berkurangan kepada 27 orang pada pagi ini berbanding 31 orang malam tadi.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Lt (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 14 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Dewan Tun Abdul Razak setakat pukul 8 pagi ini.

“Sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang telah pulang ke rumah  malam tadi sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih berada di dua PPS yang dibuka sejak Selasa lepas seramai 27 orang daripada tujuh keluarga.

“Kesemua mangsa dijangka akan pulang ke rumah masing-masing hari ini dan PPS akan ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hujan lebat selama lebih satu jam, Selasa lepas telah menyebabkan beberapa rumah di Mukim Baling, Mukim Bakai dan Mukim Siong dinaiki air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here