SHANGHAI, 9 Ogos — Lebih 30 firma asing menandatangani perjanjian untuk menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kelima pada sesi penyesuaian permintaan dan penawaran prapameran CIIE, pada Isnin, sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat luar terhadap pasaran China.

Naib Pengarah Biro Penganjuran CIIE, Sun Chenghai berkata kerja-kerja persiapan berjalan lancar dan jumlah keseluruhan kontrak yang telah ditandatangani meliputi 90 peratus daripada keluasan ruang pameran yang dirancang.

“Kami akan terus menginovasikan cara kerja, dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan nilai tambah untuk pempamer dan pembeli,” katanya. 

Sesi itu disertai oleh lebih 30 firma asing dan lebih 60 firma domestik bertujuan untuk memperkasakan peranan CIIE sebagai platform pembelian antarabangsa, melancarkan saluran komunikasi penawaran serta permintaan antara pempamer dengan pembeli.

“Ia juga berobjektif untuk membina platform untuk rundingan dan komunikasi, serta penambahan peluang perniagaan dengan perkhidmatan lebih sempurna dan penyambungan yang lebih tepat,” katanya.

CIIE kelima dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 10 November dengan ruang pameran kelengkapan teknologi memfokuskan pelbagai strategi pembangunan industri China termasuk “puncak karbon dan neutral karbon”, “tranformasi digital”, “litar bersepadu” dan “kecerdasan buatan”, di samping mengintegrasikan konsep pembangunan “peringkat tinggi + pintar+ hijau”.

Pameran kali ini juga menarik sejumlah besar perusahaan maju antarabangsa dalam pelbagai segmen industri pembuatan untuk mempamerkan teknologi dan kelengkapan yang canggih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here