PUTRAJAYA, 5 Sept — Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, hari ini  mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif (JKE) Majlis Statistik Data Negara (MSDN) yang bertindak sebagai platform bagi merangka tindakani memperkasa dan memperkukuhkan sistem statistik negara.

Jabatan Perangkaan, dalama kenyataan, memaklumkan dua kertas iaitu Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN) dan Tadbir Urus JKE MSDN  dibentangkan dalam mesyuarat tersebut yang diadakan secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, JKE dibentuk untuk memacu kolaborasi antara pelbagai kementerian dan agensi serta pihak swasta dalam merealisasikan agenda yang berpandukan hala tuju MSDN.

“JKE berperanan untuk mengenal pasti dan menentukan keutamaan bagi memenuhi keperluan PSSN dan menyelaras keperluan teknikal, pungutan serta penyebaran statistik.

“Ia agar perkongsian data pentadbiran sedia ada daripada kementerian dan agensi awam serta swasta digunakan dengan cekap dan berkesan ke arah penghasilan output statistik rasmi berimpak tinggi,” menurut jabatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here