PUTRAJAYA, 15 Sept — Datuk Dr Aminuddin Hassim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Aminuddin, 54, sebelum pelantikan terkini itu adalah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Beliau menggantikan Datuk Zainal Abidin Abu Hassan yang bersara wajib pada 26 Ogos lepas. 

Mohd Zuki berkata pelantikan Aminuddin itu adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang memegang beberapa jawatan di pelbagai bidang seperti sumber manusia dan perancangan strategik serta pengurusan terutamanya di Kementerian Kewangan dan Perbadanan Putrajaya.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau dapat memacu agenda sains dan teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi bagi pertumbuhan ekonomi, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat,” kata Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini. 

Aminuddin telah berkhidmat selama 28 tahun sebagai pegawai tadbir dan diplomatik sejak 21 Mac 1984 dan mempunyai Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Ekonomi Alam Sekitar daripada Universiti York, United Kingdom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here