KUALA LUMPUR, 10 Okt — Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun katanya DUN Melaka, Johor dan Sabah tidak akan dibubarkan kerana belum mencapai tempoh matang.

“Kerajaan negeri di bawah BN sangat prihatin, bahawa kita tidak mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibebankan dengan perbelanjaan yang tinggi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara berasingan.

“Maka kami mengambil keputusan bahawa negeri-negeri yang berada di bawah BN tidak akan mengadakan PRN berasingan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan mengumumkan tidak akan membubarkan DUN di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PAS turut membuat keputusan sama di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here