CANBERRA, 1 Nov — Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan pakej Sokongan Pemulihan sebanyak AU$877 juta (AS$561.2 juta) untuk mangsa banjir, lapor Xinhua.

Pakej bantuan itu untuk membantu perniagaan, badan amal dan pengeluar utama yang terjejas akibat krisis banjir yang melanda Victoria pada pertengahan Oktober.

Menerusi skim itu, perniagaan sederhana dan besar yang terjejas secara langsung akibat banjir akan menerima geran pemulihan sehingga AU$200,000 (AS$128,000).

Pengeluar utama dan pemilik tanah luar bandar layak mendapat geran bernilai sehingga AU$75,000 (US$48,000) dan perniagaan kecil serta organisasi bukan keuntungan akan dipertuntukkan sehingga AU$50,000 (US$32,000).

Albanese berkata pakej bantuan pusingan baharu itu akan membantu perniagaan untuk bangkit semula.

Beribu-ribu rumah dan perniagaan ditenggelami banjir akibat hujan lebat di Victoria, negeri kedua paling ramai penduduk. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here