KUALA LUMPUR, 30 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 150 asnaf di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Facebook Istana Negara selain sumbangan peribadi, Seri Paduka  turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam serta Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf terbabit.

Majlis pengurniaan  diadakan di pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak. 

“Sebelum majlis, Seri Paduka Baginda telah berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan para jemaah,” menurut Istana Negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here