IPOH, 22 Feb – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan perlombongan pasir Chenderiang semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata hasil pemeriksaan menemukan sembilan tong dram berisi minyak disyaki diesel iaitu 1,800 liter, dengan anggaran nilai RM4,820 dan pihaknya telah mengambil keterangan seorang wanita berumur 40 tahun yang disyaki pemilik syarikat di premis itu.

Serbuan ini adalah hasil maklumat risikan yang dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Perak selama seminggu berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Chenderiang, Tapah dan Kampar.

Minyak diesel berkenaan disyaki diperoleh daripada aktiviti pembelian menggunakan lori melalui tangki asal di stesen minyak berdekatan secara berulang kali dan kemudiannya dipindahkan ke tong dram untuk dikumpulkan serta digunakan oleh jentera bagi industri perlombongan pasir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here