PUTRAJAYA, 26 Mei — Kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) mengenai tempat tinggal pekerja asing iaitu di kuarters dan rumah kongsi mereka di negara ini sebagai langkah membendung penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kedua-dua premis berkenaan mempunyai SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Beliau berkata kuarters pekerja asing diletakkan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala rumah kongsi pula adalah di bawah seliaan KSM.

“Kedua-dua premis itu mempunyai SOP berkaitan tempat tinggal, keluasan lantai, tempat berkumpul, jumlah individu yang boleh tinggal dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini hari ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here