BEIJING, 28 Feb — Setakat malam Isnin, jumlah kematian pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam insiden kapal karam di perairan selatan Itali meningkat kepada 63 orang, manakala terdapat 81 orang diselamat dan masih ada puluhan yang hilang. Tindakan menyelamat diteruskan pada masa sekarang.

Menurut laman sesawang Saluran Berita Stesen Radio dan TV Itali, 63 mangsa itu termasuk 21 orang wanita dan 15 kanak-kanak. Dalam perkembangan lain, ada empat orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia. Akhbar Corriere della Sera Itali memetik Pertubuhan Imigrasi Antarabangsa sebagai melaporkan bahawa jumlah mangsa mungkin melebihi 100 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here