TOKYO, 1 Mac – Lebih 3,000 produk makanan di Jepun dijangka mengalami kenaikan harga bermula Mac, menurut data Pusat penyelidikan Jepun Teikoku Database pada Rabu.

Menurut tinjauan membabitkan 195 syarikat, harga 3,442 barangan makanan dan minuman akan meningkat pada Mac. 

Pada April, sekitar 4,892 produk makanan dan minuman turut dijangka mengalami peningkatan.

Menurut statistik daripada Kementerian Hal Ehwal Negara yang dikeluarkan minggu lalu, kenaikan paras harga di Jepun pada Januari mencapai 4.2 peratus tahun ke tahun, menandakan lonjakan tertinggi dalam tempoh 42 tahun lalu sejak September 1981.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here