BALIK PULAU, 6 Mac – Polis telah menyita 11 motosikal dalam operasi bersepadu Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi yang sering menjadi tumpuan mat rempit di daerah Barat Daya, di sini semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan polis turut mengeluarkan 86 saman bersabit pelbagai kesalahan lalu lintas, dalam operasi bermula 10 malam itu.

“Sebanyak 11 motosikal telah disita menurut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan operasi  dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan mat rempit atau lumpa haram terutama pada malam hujung minggu.

“Operasi itu juga bagi memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan tidak melakukan pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran pihak berkuasa, di samping mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here