SIBU, 11 Mac – Persatuan Industri Maritim Sarawak (SAMIN) akan menghantar delegasi untuk menerokai peluang perniagaan di Jakarta International Expo, Indonesia pada 15 hingga 17 Mei depan.

Pengerusi SAMIN Dr Renco Yong berkata pada ekspo ‘Sea Indonesia 2023’ sempena Jakarta International Expo itu, SAMIN akan menyertai pameran tersebut yang mengetengahkan produk, teknologi dan perkhidmatan terkini industri perkapalan.

“Kami menyasarkan maksimum 50 peserta daripada syarikat ahli kami untuk menyertai delegasi dan kami berharap dapat bertemu rakan sejawatan dari Indonesia dan negara lain semasa pameran itu nanti,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung SAMIN di sini hari ini.

Beliau berkata anggota persatuan itu yang berminat menyertai delegasi berkenaan boleh menghubungi Sekretrariat SAMIN untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Renco berkata sepanjang November ini juga SAMIN akan ke Rotterdam, Belanda untuk menyertai dan melihat pameran yang mengetengahkan penggunaan teknologi bateri dan cip elektrik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here