KUALA LUMPUR, 4 April – Mah Sing Group Bhd bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Elektronik China (CECC) untuk membantu pelabur China mewujudkan kemudahan pembuatan mereka di Malaysia dan menggalakkan perkongsian strategik Malaysia-China.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata Mah Sing menyokong usaha kerajaan untuk membawa pelaburan China ke dalam negara ini.

“Kami akan bekerjasama dengan CECC bagi menyediakan perkhidmatan sehenti untuk pelabur China supaya mereka dapat membiasakan diri secara cepat dengan iklim hartanah Malaysia, serta industri pembuatan dan dasar pelaburan kerajaan,” katanya.

Ini susulan penyertaan Mah Sing sebagai delegasi perniagaan peringkat tinggi dalam Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 di Beijing yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa lawatan itu, Leong telah bertemu dengan Setiausaha Agung CECC, Peng Luhui.

“Mah Sing akan menyokong ahli CECC, daripada mencari kawasan untuk mewujudkan kemudahan pengeluaran sehingga mengeksport barangan ke pasaran antarabangsa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here