WASHINGTON, 14 April – Pemulihan ekonomi China merupakan “daya tambah” yang diperlukannya untuk tahun 2023 ketika pertumbuhan global dijangkakan lemah, kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.

Malpass memberitahu Xinhua bahawa beliau berada di China semasa negara itu mula mengoptimumkan strategi COVID-19 pada akhir tahun lepas dan menyaksikan pemulihan China sejak itu.

“Pertumbuhannya (China) pada 2023 mungkin 5.1 peratus selepas pertumbuhan 3 peratus pada 2022. Peningkatan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan global,” kata Malpass.

“Ia mencerminkan usaha China untuk menyegerakan proses pembukaannya selain memastikan rantaian bekalan mula digerakkan semula untuk menyumbangkan kepada bekalan global,” katanya.

China dan India “dua negara terkecuali daripada ekonomi lembap” walaupun pertumbuhan global dijangkakan lemah tahun ini, menyusut kepada 2 peratus daripada 3.1 peratus pada 2022, kata Malpass menjelang minggu Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here