WASHINGTON, 23 Mei – Presiden AS Joe Biden berkata, beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Presiden Xi Jinping.

“Tidak, saya tidak akan melonggarkan sekatan,” kata Biden.

Biden pada Khamis berkata, beliau akan bertemu dengan Xi tanpa mengira sama ada pertemuan itu diadakan tidak lama lagi atau sebaliknya.

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata kementerian itu tidak mempunyai maklumat mengenai kemungkinan komunikasi antara Xi dan Biden, di sebalik kenyataan dibuat oleh kedua-duanya.

Minggu lalu, Biden berkata persediaan untuk perbualan antara beliau dan Xi sedang diatur selain menyatakan harapan bahawa perbincangan itu akan membuahkan hasil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here