Fu Qiaomei, ahli paleogenetik dari Akademi Sains China (CAS) dianugerakan Hadiah Antarabangsa Al Fozan-UNESCO untuk Saintis Muda dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Paris, Perancis pada 19 Jun, kerana “sumbangan cemerlang beliau dalam penyelidikan sejarah manusia di Eurasia pada zaman awal, yang menawarkan pandangan baharu tentang kesihatan manusia dari perspektif evolusi”.

Fu menceburkan diri dalam penyelidikan paleogenetik dan kini ialah Pengarah Makmal Paleontologi Molekul di Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi (IVPP) CAS.

Beliau berjaya dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Al-Fozan daripada 2,500 calon dari seluruh dunia. Beliau juga menjadi saintis China pertama yang memperoleh hadiah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here