KUALA LUMPUR, 27 Jun – Usahawan tempatan perlu memanfaatkan peluang pada Hari Usahawan Negara (HUN) 2023 untuk belajar dan berinteraksi dengan usahawan dari luar negara, mengenali peluang baharu dan membina rangkaian perniagaan antarabangsa.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata momentum ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat keusahawanan di rantau ini.

“Ini adalah peluang keemasan bagi usahawan-usahawan di dalam negara untuk memperluas jaringan perniagaan mereka dan pada masa yang sama, menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

“Kerjasama dan hubungan antarabangsa yang telah terjalin sekian lama melalui acara seperti HUN 2023 ini adalah penting dalam merancakkan ekonomi negara kita,” katanya.

Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), beliau berkata HUN 2023 yang bakal diadakan pada 24 hingga 26 Nov 2023 akan turut disertai oleh pempamer dari negara-negara seperti China, Korea, Indonesia, Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.

Katanya anggaran kehadiran adalah seramai 1,000 peserta pameran dari pelbagai bidang perniagaan dan latar belakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here