BEIJING, 7 Julai – Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan dua hari ke bandar Suzhou, provinsi Jiangsu bermula Rabu, yang antara lain bertujuan untuk melihat sendiri usaha pembinaan taman perindustrian, inovasi syarikat sains dan teknologi, serta perlindungan terhadap bandar bersejarah di sana.

Beliau turut meluangkan masa untuk mengunjungi pusat pameran Taman Perindustrian Suzhou, syarikat HYC Technology, jalan kebudayaan dan bersejarah Pingjiang

Taman Perindustrian Suzhou, yang ditubuhkan pada 1994 menjadi destinasi pertama dalam lawatan Presiden China itu kali ini.

Untuk rekod, taman itu merupakan projek simbolik kerjasama antara kerajaan China dengan Singapura dan juga taman perindustrian usaha sama China dengan negara luar.

Selepas berkembang selama 29 tahun, Taman Perindustrian Suzhou kini giat memperkasakan transformasi yang berobjektifkan pembangunan berkualiti tinggi.

Di pusat pameran taman perindustrian itu, produk berunsur sains dan teknologi tinggi memaparkan pencapaian terkini bandar Suzhou dalam usaha memperluas peranannya sebagai pusat inovasi sains dan teknologi yang berpengaruh di peringkat global.

Kini, taman perindustrian itu mempunyai sejumlah 2,489 syarikat teknologi canggih dan 62 syarikat tersenarai dalam bursa saham.

Pada masa sama, jumlah nilai pengeluaran teknologi canggih turut menduduki 74.8 peratus dalam jumlah nilai output perindustrian kasar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here