MOSCOW, 13 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan bertemu rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, di luar Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Jakarta pada Khamis, lapor Sputnik.

Mesyuarat itu dijadualkan pada 5.15 petang waktu tempatan (1015 GMT), menurut jadual Blinken yang diedarkan oleh Jabatan Negara, namun tertakluk kepada perubahan.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN berlangsung di Jakarta dari 13 hingga 15 Julai.

Jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller pada awal Julai berkata Blinken akan melawat Indonesia untuk membincangkan mengenai Rusia, situasi di Laut China Selatan, menekankan komitmen Washington terhadap pemusatan ASEAN dan sokongan untuk Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-AS.

Beliau juga akan menyertai Mesyuarat Tahunan Menteri Luar AS-ASEAN, Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN, selain menyertai Dialog Strategik AS-Indonesia kedua dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here