Perdana Menteri China, Li Qiang ditemui Duta Khas Hal Ehwal Iklim untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), John Kerry, di Dewan Besar Rakyat, di sini, pada Selasa.

Li dalam ucapannya menyatakan bahawa usaha China dan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kerjasama bukan sekadar menguntungkan kedua-dua pihak, malah turut memanfaatkan seluruh dunia.

“Kedua-dua pihak diharap mengambil tindakan praktikal untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai Presiden Xi Jinping dan John Biden di pulau Bali pada tahun lalu, menguruskan perselisihan dengan baik, serta mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang sihat dan stabil dengan seawal mungkin,” ujar beliau.

Menurut Li, masyarakat dunia memikul tanggungjawab berat dalam mengatasi perubahan iklim pada masa ini.

Justeru, beliau berkata ia turut memerlukan pelbagai negara termasuk China serta AS untuk meningkatkan koordinasi, membina konsensus, selain bertindak pantas bagi mengatasi isu tersebut.

Li berkata, pelbagai pihak perlu mempraktikkan multilateralisme serta mengikuti objektif dan prinsip yang ditetapkan dalam Konvensyen Kerangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Paris.

“Semua pihak perlu melaksanakan tugas masing-masing berpandukan prinsip tanggungjawab bersama, namun berbeza dalam menangani perubahan iklim.

“Negara maju sewajarnya mempelopori usaha pengurangan pelepasan dan menunaikan komitmen kewangan secepat mungkin, manakala negara membangun pula menyumbang mengikut kemampuan seadanya,” jelas beliau.

Li turut menyarankan agar hasil sains dan teknologi dapat dikongsi bersama untuk menggerakkan transformasi hijau dan korbon rendah sejagat, selain menggesa negara maju agar menyediakan lebih banyak sokongan teknologi kepada negara membangun.

Beliau juga menzahirkan harapan agar kedua-dua negara terus menjujung semangat kerjasama dan menghormati keprihatinan masing-masing, berbincang untuk menjalankan kerjasama yang lebih substantif melalui mekanisme yang sedia ada bagi mendorong proses penanganan iklim pelbagai hala dan memastikan pelaksanaan Perjanjian Paris dengan menyeluruh dan efektif.

Kerry dalam gilirian ucapannya pula menyatakan bahawa AS bersedia meningkatkan kerjasama dengan China bersama-sama mengatasi cabaran sejagat yang mendesak termasuk perubahan iklim dan mendorong agar sesi ke-28 Persidangan Pihak-Pihak Pemeterai Konvensyen Kerangka Kerja Perubahan Iklim PBB mencapai kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here