KUALA LUMPUR, 28 Julai – Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka pada setiap 30 hari bulan sepanjang tahun.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini, konsep baharu penjualan tiket itu akan diadakan secara berperingkat bermula bermula Ahad ini.

“Pada masa ini, jualan tiket telah dibuka sehingga 31 Disember 2023. Konsep jualan tiket baharu ini akan bermula 30 Julai ini, di mana pelanggan boleh membuat pembelian tiket bagi perjalanan sehingga Januari 2024.

“..manakala bulan berikutnya iaitu 30 Ogos 2023, ia akan dibuka untuk perjalanan sehingga Februari 2024,” menurut kenyataan itu. 

KTMB memaklumkan konsep baharu itu membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dalam tempoh enam bulan bagi tujuan bercuti atau pulang ke kampung terutama pada hari kelepasan am dan hari perayaan utama negara.

Bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity, jualan tiket akan dibuka pada 12 tengah hari dan untuk perkhidmatan Shuttle Tebrau, jualan tiket akan bermula 10 pagi, menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, pembelian tiket boleh dibuat menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB dan untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media sosial rasmi KTMB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here