Pelaburan dalam aset tetap bagi sektor pengangkutan di China berjalan pada tahap tinggi, dengan merekodkan jumlah RMB1.83 trilion (RM1.16 trilion) pada separuh pertama tahun ini, naik 9.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, jumlah kendalian kargo di pelabuhan seluruh negara mencapai 8.19 bilion tan, menokok 8 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Pegawai Kementerian Pengangkutan China dalam sidang media di Beijing hari ini berkata, sektor pengangkutan menunjukkan trend pemulihan baik sejak tahun ini, sekali gus memberikan jaminan kukuh kepada pertumbuhan ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here