KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Malaysia dan Australia berbincang mengenai ruang  mengeratkan lagi hubungan baik dua hala terutama menerusi kerjasama ekonomi digital dan industri kreatif. 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi laman Facebooknya malam ini berkata perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Australia Selatan Frances Adamson di pejabatnya petang tadi.  

“Saya juga berkesempatan menerangkan mengenai persiapan kerajaan dalam menyambut Hari Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung esok,” katanya. 

Delegasi Adamson diiringi oleh Simon Fellows, Kuasa Usaha  Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dan para pegawai kanan Kerajaan Australia. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here