WASHINGTON, 23 Jun – Maklumat peribadi lebih 769,000 pesara kerajaan dan penerima bantuan lain dicuri di negeri California, Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Sistem Persaraan Pekerja Awam California dalam satu kenyataan berkata vendor pihak ketiga, yang menggunakan program pemindahan fail MOVEit untuk tujuan memaklumkan mereka tentang kematian ahli dan mengesahkan kelayakan pembayaran, diceroboh, lapor Agensi Anadolu.

Penggodam mencuri data nama ahli, tarikh lahir, nombor keselamatan sosial dan nama ahli keluarga.

Kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab dalam serangan siber itu yang dikenal pasti sebagai Cl0p, terlibat dalam pemerasan dengan mengancam untuk menyiarkan data mangsa dalam talian melainkan mereka memenuhi tuntutan supaya membayar wang, menurut ABC News.

Serangan siber terhadap MOVEit dilapor dilakukan oleh penggodam Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here