BATU KAWAN, 11 Sept – Laluan dari Batu Maung menghala Batu Kawan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup mulai petang Sabtu (16 Sept) dan awal pagi Ahad (17 Sept) sempena program larian “Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge”.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) pemegang konsesi JSAHMS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sebahagian jambatan itu melibatkan laluan sehala keluar pulau dari arah Batu Maung ke Batu Kawan bermula 6 petang pada Sabtu hingga 2 pagi Ahad.

“Laluan keluar dari Bandar Cassia iaitu Plaza Tol C ke lebuh raya PLUS dan laluan masuk ke pulau dari arah Batu Kawan ke Batu Maung iaitu Plaza A dan B Bandar Cassi serta Plaza JK2PP dibuka seperti biasa.

“Laluan yang ditutup akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara larian tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya serta orang ramai boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk maklumat trafik atau jika berlaku kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here