KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak akan menghentikan  pengeluaran lesen kepada kontraktor baharu walaupun terdapat lambakan kontraktor G1 hingga G7 ketika ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata KKR mengamalkan prinsip demokrasi dalam memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan lesen kontraktor.

“Kita tidak boleh tutup peluang kepada mereka cuma kita kena mencari kaedah bagaimana untuk menangani lambakan kontraktor sedia ada kerana mereka akan berdepan dengan masalah tawaran kerja yang terhad.

Jadi antara kaedah yang mungkin perlu kita ambil adalah mereka (kontraktor) yang sudah sekian lama dalam kategori G1 perlulah dinaikkan ke kategori G2 atau G3, supaya ada ruang kepada mereka (kontraktor) yang baharu,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 bersama Penggiat Industri Pembinaan, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata KKR telah memohon penambahan peruntukan berkaitan projek kontraktor G1 dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kehidupan selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Beberapa hari lepas, kita sudah berjumpa pegawai Kementerian Kewangan dan memohon agar peruntukan untuk kontraktor G1 ditambah jumlahnya kerana kita faham sejak COVID-19, ramai yang sudah hilang kerja,” katanya.

Nanta berkata jumlah kontraktor G1 di seluruh negara pun sudah lebih 60,000 dan mereka memang memerlukan projek-projek pembinaan untuk menjana pendapatan dan kementerian prihatin dengan keadaan ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here