KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kerajaan akan terus mengembangkan dan mengukuhkan perkongsian awam-swasta (PPP) dalam sektor penjagaan kesihatan selaras dengan prinsip Ekonomi MADANI yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi yang terangkum, mampan dan menggalakkan  kesejahteraan sosial.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata satu teras utama dalam Kertas Putih ialah penekanan pendekatan “whole of government and whole of society” dengan setiap orang memainkan peranan dalam menjadikan penjagaan kesihatan satu agenda nasional.

“Aspirasi ini memerlukan kerjasama dan inovasi merentas sektor awam dan swasta, jadi kami boleh meningkatkan akses dan keberkesanan  perkhidmatan penjagaan kesihatan negara secara efektif.

Dalam hal ini, perkongasian awam-swasta adalah satu komponen utama daripada strategi keseluruhan kami, terutamanya dalam bidang penyampaian perkhidmatan dan pembinaan kapasiti.  Pendekatan ini menyasarkan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan sambil mengoptimumkan peruntukan sumber antara kemudahan awam dan swasta,” kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Penandatanganan Usaha Sama antara Sunsuria Healthcare dan Icon Cancer Centre di sini hari ini. 

Beliau berkata tambahan pula, strategi ini menekankan pengukuhan asas dan tadbir urus sistem penjagaan kesihatan dengan menggalakkan penyelidikan, inovasi dan amalan berasaskan bukti.   

Dr Zaliha ketika ditemui media pada majlis itu berkata pelbagai PPP telah ditubuhkan ketika pandemik COVID-19 dan kerajaan sedang melihat untuk mengembangkan selain mengukuhkan perkongsian ini dalam sektor penjagaan kesihatan terutamanya dalam latihan dan perkhidmatan. 

“Saya sedang menanti rangka tindakan yang kita akan tengok macam mana PPP ini kita boleh bekerjasama,” katanya.

Sementara itu usaha sama antara Sunsuria Healthcare dan Icon Cancer Centre akan membawa rangkaian perkongsian-pengetahuan antarabangsa lebih daripada 300 onkologi dan rakan perkongsian industri  dalam rawatan kanser selain daripada pendekatan terkini dalam penyelidikan klinikal, teknik rawatan dan ubat-ubatan. 

Dr Zaliha berkata usaha seperti usaha sama, melengkapkan pelan tindakan kementerian untuk menangani kanser, sebagaimana digariskan dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025. 

Selain itu bagi meningkatkan kesihatan pesakit kanser yang pulih daripada diagnosis hingga ke rawatan, kementerian mengalu-alukan penyelesaian jangka panjang yang selari dengan matlamat strategik untuk memenuhi keperluan penyelidikan kanser negara dan mengukuhkan kumpulan bakat dalam perubatan.

“Harapan saya ialah usaha sama ini akan menjadi satu contoh kepada sektor-sektor lain dan menggalakkan lebih banyak pihak untuk memainkan peranan aktif dalam mewujudkan sebuah negara yang lebih sihat dan bebas kanser,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here