Presiden China Xi Jinping ditemui Raja Kemboja Norodom Sihamoni yang berada di Hangzhou untuk menghadiri upacara perasmian Sukan Asia ke-19, pagi Sabtu.

Xi menyatakan China menghargai ikatan persahabatan yang dijalin dengan keluarga diraja Kemboja dan mementingkan pembangunan hubungan kedua-dua negara.

Beliau meluahkan hasrat ingin bekerjasama dengan Kemboja ke arah memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Dua negara perlu mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan memperkasa kerjasama saling untung, kata Xi.

Menurut beliau, rangka kerjasama ‘intan enam sisi’ perlu disempurnakan, manakala usaha sama dalam membina ‘koridor pembangunan perindustrian’ dan ‘koridor limpahan ikan dan beras’ terus dipergiat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here