BEIJING, 27 Sept – Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan Pelbagai Organisasi Antarabangsa di Switzerland, Chen Xu menyeru pelbagai pihak berdialog berdasarkan sama rata dan saling menghormati, meningkatkan kerjasama, mengatasi cabaran dan berganding bahu membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Semasa berlangsungnya sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Selasa, beliau menyampaikan ucapan yang menekankan bahawa keadaan hak asasi manusia sesebuah negara tidak boleh dinilai menurut standard negara lain, malah tidak boleh mengamalkan dwi-standard dan menjadikan hak asasi manusia sebagai alat politik untuk mencampuri urusan negara lain.

Chen menyatakan bahawa kertas putih yang bertajuk “Berganding Tangan Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan: Anjuran dan Tindakan China” yang baru dikeluarkan menekankan China akan mengekalkan pembangunan damai dan komited memacu kerjasama yang sama menang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here