KUALA LUMPUR, 6 Okt – Penganjuran Pameran serta Sidang Kemuncak AtoZero ASEAN di Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 mewujudkan platform lebih besar ke arah mempercepat agenda pelepasan karbon sifar bersih negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata acara itu yang julung kali dianjurkan di peringkat ASEAN, memacu dialog mengenai kepimpinan, pelaburan serta inovasi di rantau ini ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

“Untuk menjadikan ASEAN sebagai faktor penentu dalam peralihan tenaga yang adil, kita perlu berbincang dan mencapai konsensus berkaitan topik penting seperti perkongsian antara ketersambungan serantau, storan tenagan, pembiayaan hijau, ekonomi hidrogen dan grid masa depan ASEAN.

“Program tiga hari ini akan menyaksikan lebih 100 pakar dari seluruh dunia berkongsi pandangan mereka melalui dialog dan perkongsian pelepasan karbon sifar bersih,” katanya kepada Bernama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini. 

IGEM 2023, yang bertema Race Towards Net Zero: Leadership For Climate Action dan berlangsung dari 4 hingga 6 Okt ini, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoff semalam.

Nik Nazmi berkata pada tahun ini, IGEM turut menawarkan pelbagai teknologi, penyelesaian pelepasan karbon rendah dan impak berbasikal yang akan memanfaatkan perniagaan untuk mengguna pakainya atau mencari rakan kongsi dalam industri itu. 

“Bagi orang ramai, mereka juga boleh datang untuk melihat produk dan teknologi. Malah mereka boleh melaksanakan pecutan ke arah mencapai agenda pelepasan karbon sifar bersih dengan segera,” katanya.

IGEM 2023 turut menganjurkan beberapa persidangan mengenai topik seperti kecekapan tenaga, pasaran karbon, kesihatan planet, mobiliti rendah karbon, ekonomi hidrogen, air, alam sekitar, ekonomi kitaran, teknologi dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta insentif hijau.

Acara itu turut menampilkan sesi rangkaian perniagaan yang mendapat permintaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

IGEM 2023 menyasarkan lebih RM4 bilion untuk peluang perniagaan dan 40,000 pelawat dari lebih 40 negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here