ANKARA, 16 Nov – Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, mengutuk pengeboman Israel di sekitar hospital medan Jordan di Gaza sambil menyifatkannya sebagai “jenayah perang.”

Jordan sedang menunggu hasil siasatan pasukan tenteranya terhadap insiden pengeboman berkenaan agar undang-undang, langkah diplomatik dan politik dapat diambil, lapor Agensi Anadolu memetiknya sebagai berkata dalam temu bual dengan saluran TV tempatan Al-Mamlaka.

Beliau menegaskan bahawa Israel tertakluk di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa di aman ia bukan sahaja bertanggungjawab untuk melindungi hospital itu tetapi juga tidak menghalang operasinya.

Tentera Jordan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan tujuh kakitangan hospital cedera ketika mereka cuba membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara Israel.

Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here