ALOR GAJAH, 21 Dis – Kerajaan negeri Melaka menawarkan perkhidmatan ‘Eco Cruise Sungai Linggi’ secara percuma sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perkhidmatan percuma itu disediakan setiap hujung minggu sebelum ia beroperasi secara rasmi bermula 5 Jan tahun depan.

“Eco Cruise berkenaan akan menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik.

“Pengunjung juga berpeluang mengunjungi Sabak Arang yang merupakan sebuah tempat pembuatan arang kayu yang berusia kira-kira 100 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Eco Cruise Sungai Linggi di sini hari ini.

Ab Rauf berkata selain perkhidmatan bot menyusuri Sungai Linggi, Jeti Paya Lebar juga menawarkan kawasan berkhemah atau ‘camper park’ bagi pemilik karavan meletakkan kenderaan mereka.

Beliau berkata ‘camper park’ berkenaan merupakan yang pertama di Melaka dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas pengunjung.

Selain itu katanya antara keunikan kawasan ekopelancongan Sungai Linggi ialah ia merupakan habitat kepada kelip-kelip dan kira-kira 1,400 ekor buaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here