135 orang suspek warga China yang terlibat dalam kes perjudian dan penipuan di Kemboja telah dihantar pulang oleh jabatan keselamatan awam China dengan menaiki penerbangan sewa khas yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe di bandar Wuhan, provinsi Hubei pada subuh tadi, menurut maklumat Kementerian Keselamatan Awam China.

Setakat ini, kesemua 680 suspek China yang terlibat dalam kes perjudian dan penipuan yang ditahan oleh polis Kemboja telah dihantar pulang ke tanah air.

Sejak tahun ini, jabatan keselamatan awam China telah menghantar puluhan ribu suspek yang terlibat dalam kes perjudian dan penipuan pulang ke tanah air dari sejumlah negara asing termasuk Myanmar, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu.

Pihak polis China dan Kemboja baru-baru ini telah menjalankan satu operasi bersama untuk membanteras jenayah yang melibatkan perjudian dan penipuan dan berjaya menangkap dan menahan sejumlah suspek.

Jabatan keselamatan awam Hubei menghantar suspek berkenaan pulang ke China secara berkumpulan dengan menggunakan penerbangan sewa khas bermula dari 12 April.

Pada masa ini, Kementerian Keselamatan Awam China telah mengeluarkan arahan kepada jabatan keselamatan awam di Hubei untuk menjalankan siasatan dan mengendalikan kes-kes yang terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here