CYBERJAYA, 18 Mei – Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata‬‭ Kementerian Kesihatan (KKM)‬‭ memandang‬‭ tinggi‬‭ kepentingan‬ pengesanan‬‭ awal‬‭ masalah‬‭ pendengaran dan program UNHS iaitu saringan pendengaran‬‭ bayi‬‭ baru‬‭ lahir‬‭ merupakan petunjuk prestasi utama (KPI)‬‭ 100‬‭ hari‬‭ Menteri‬‭ Kesihatan‬‭ sejak‬‭ ‬‭2023.‬

“‭Alhamdulillah,‬‭ berkat‬‭ kesungguhan‬‭ dan‬‭ kerjasama‬‭ semua‬‭ pihak. Bermula‬‭ 13‬‭ Dis 2023‬‭ hingga‬‭ 21‬‭ Mac‬‭ 2024 pula, sebanyak 68‬‭,823‬‬ bayi‬‭ baru‬‭ lahir iaitu‬‭ 138 peratus daripada‬‭ sasaran‬‭ KPI‬‭ yang‬‭ ditetapkan telah‬ berjaya disaring pendengaran mereka sebelum mencapai umur 29 hari,” katanya.

Dzulkefly berkata ‬‭menerusi Belanjawan‬‭ 2024,‬‭ sebanyak‬‭ RM130‬‭ juta‬‭ telah‬‭ diperuntukkan‬‭ untuk memperhebat‬‭ aktiviti‬‭ pencegahan‬‭ penyakit‬‭ bagi memastikan‭ kesejahteraan‬‭ keluarga‬‭ Malaysia‬‭ MADANI‬‭ supaya‬‭ kekal‬‭ afiat.‬‭ 

“Peruntukan‬ ini‬‭ turut‬‭ melibatkan‬‭ program‬‭ saringan‬‭ pendengaran‬‭ bayi baru‬‭ lahir‬ ‭yang‬‭ akan‬‭ digunakan‬‭ ke‬‭ arah‬‭ meningkatkan‬‭ liputan‬‭ saringan‬‭ bayi‬‭ bagi‬ membolehkan‬‭ bayi‬‭ dan‬‭ kanak-kanak‬‭ bermasalah‬‭ pendengaran dapat‬‭ mencapai‬‭ potensi‬‭ diri‬‭ yang‬‭ maksimum‬,‬‭ seterusnya menyumbang semula ke arah pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM‬‭ selaku‬‭ Urusetia‬‭ Tabung‬‭ Bantuan‬‭ Perubatan‬‭ akan‬‭ mempertimbangkan‬‭ permohonan‬‭ rakyat‬‭ Malaysia‬ termasuk‬‭ pesara‬‭ kerajaan‬‭ atau‬‭ ahli keluarga‬‭ penjawat awam‬‭ ‬‭untuk‬‭ perolehan‬‭ peralatan‬‭ pendengaran‬‭ atau‬‭ pembedahan‬‭ implan‬ koklea‬‭.

Katanya, bilangan‬‭ pemasangan‬‭ implan koklea‬‭ yang‬‭ telah‬ dilaksanakan‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Program‬‭ Implan‬‭ Koklea‬‭ KKM‬‭ sepanjang‬ ‬‭ 2019‬‭ hingga‬‬‭ 2023‬‭ melibatkan‬‭ sejumlah‬‭ 272‬‭ unit‬‭ yang‬ telah‬‭ menelan‬‭ belanja‬‭ kira-kira RM21‬‭ juta‬‭.‬‭ 

“Usaha ini memberi peluang kepada‬‭ anak-anak‬‭ yang‬‭ mempunyai‬‭ masalah‬‭ pendengaran‬‭ untuk‬ ‭mendengar‬‭ dengan‬‭ lebih‬‭ baik‬‭ dan‬‭ seterusnya‬‭ memperkasakan‭ golongan ini terutama dalam pembelajaran,” katanya.

Semua pihak juga kata Dzulkefly, perlu meruntuhkan‬‭ stereotaip‬‭ dan‬‭ stigma‬‭ yang‬ ‭melanda‬‭ masyarakat‬‭ terhadap‬‭ individu‬‭ yang‬‭ menggunakan‬‭ alat‬‭ bantu‭ dengar.‬

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here