BEIJING, 23 Mei – Presiden China, Xi Jinping menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Presiden Vietnam untuk mengekalkan komunikasi strategik bagi menerajui pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.                      

Demikian kata Xi dalam perutusan tahniah kepada To Lam selepas dipilih sebagai Presiden Vietnam yang baharu pada Rabu.

Xi menegaskan bahawa China dan Vietnam, dua negara sosialis yang berjiran mempunyai ikatan persahabatan.

Presiden itu berkata dalam rangka lawatannya ke Vietnam pada tahun lepas, beliau dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong secara bersama mengumumkan keputusan tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, yang dilihat sebagai satu lembaran baharu dalam hubungan bilateral antara Parti dan negara.

Xi juga berbesar hati melihat kemajuan proaktif berturut-turut dicapai dalam pembinaan berkongsi nasib China-Vietnam, hasil usaha gigih dari pelbagai agensi dan jabatan kedua-dua negara termasuk di peringkat daerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here