KUALA LUMPUR, 14 Feb — China Construction Bank (Malaysia) Berhad dan Cawangan Labuan, China Construction Bank (“Bank”) amat prihatin dengan penularan wabak COVID-19 dan berkomited dalam menangani wabak tersebut.

Pelbagai langkah bantuan telah ditawarkan oleh pihak Bank untuk menyokong usaha mengawal wabak dan membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan pada masa yang mencabar ini.  

Pihak Bank telah mengaktifkan program bantuan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas oleh wabak COVID-19. Pihak Bank sedia mempertimbangkan tawaran moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran ansuran untuk pinjaman dan pembiayaan kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas. Bantuan sedemikian bergantung kepada penilaian pihak Bank setelah megambil kira factor-faktor dan keadaan semasa.  

Bagi perniagaan yang terlibat dalam pembuatan atau perdagangan alat-alat perubatan atau penyelidikan mengenai bahan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan COVID-19, pihak Bank akan pertimbangkan untuk memberikan keutamaan dalam proses permohonan pinjaman dan menawarkan pinjaman dengan faedah yang lebih rendah. Penawaran sedemikian dikehendaki memenuhi undang-undang yang berkenaan, piawai kelulusan kredit Bank dan penilaian bebas pihak Bank.

Pihak Bank telah memberi pengecualian bagi semua bayaran untuk kiriman wang atau pemindahan dana seperti yang berikut: (Pengecualian bayaran tersebut telah dilaksanakan bermula daripada 29 Januari, 2020)

  • kiriman wang atau pemindahan dana kepada pelanggan di negara China,
  • Kiriman wang atau pemindahan dana kepada pelanggan di negara lain (selain daripada negara China) bagi tujuan menyokong usaha bantuan berkaitan dengan wabak COVID-19,
  • Kiriman wang atau pindahan dana di Malaysia untuk tujuan menyokong usaha bantuan berkaitan dengan wabak COVID-19.

Pihak Bank menyedari bahawa penularan COVID-19 kini menjejaskan perniagaan dan industri di peringkat global serta tempatan. Sebagai rakan kongsi kewangan pelanggan, pihak Bank ingin memainkan peranan dengan membantu dan menyokong pelanggan-pelanggan dalam tempoh masa ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ho Lee Lee, no. telefon 03-21601916 atau Lee Pei Tyng, no. telefon 03-21601909, E-mel: RM@my.ccb.com.

Sumber : China Construction Bank (Malaysia) Berhad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here