KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akan membantu meningkatkan pasaran pelancongan domestik negara.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Mohd Akil Mohd Yusof berkata pakej itu akan membantu hotel-hotel di seluruh negara yang berdepan penurunan kadar penginapan berikutan penularan jangkitan COVID-19.

“Kami gembira kerana hampir semua perkara yang kami minta dan kemukakan diluluskan. Kami berharap ahli MATTA akan mengambil sepenuhnya peluang dana dan inisiatif (yang disediakan) untuk manfaat mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 hari ini, Dr Mahathir menggariskan tiga strategi iaitu menangani impak COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.

Beberapa rancangan juga disediakan untuk pelaksanaan bagi memastikan ekonomi Malaysia terus berada di landasan yang betul untuk mengekalkan pertumbuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here