PM UK BORIS JOHNSON

LONDON, 7 April — Perdana Menteri Britain Boris Johnson ditempatkan di unit rawatan rapi pada Isnin malam, selepas keadaan kesihatannya semakin merosot, kata Downing Street.

Johnson meminta Setiausaha Luar British Dominic Raab mewakilinya, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Downing Street.

Perdana menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke Hospital St Thomas di London Ahad malam, 10 hari selepas diuji positif COVID-19.

“Sejak Ahad petang, perdana menteri berada di bawah penjagaan doktor di St Thomas Hospital, London,” menurut satu kenyataan. 

“Sepanjang petang ini, keadaannya semakin teruk dan atas nasihat pasukan perubatannya, beliau dipindahkan ke unit rawatan rapi,” tambah kenyataan itu. 

Sehingga Isnin pagi, jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Britain mencecah 51,608 meningkat 3,802 dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here