INGAPURA, 13 April  — Sebuah syarikat pengendali makanan segera di Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19.

Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka,” kata Pengarah Urusan restoran makanan segera itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata semua pekerja di empat cawangan restoran itu telah diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Syarikat berkenaan di Singapura berkata pekerja yang terjejas itu kini menjalani rawatan di fasiliti perubatan.

Menurut kenyataan itu lagi, sejajar dengan garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, kesemua empat restoran itu telah dinyahjangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here