PUTRAJAYA, 11 Mei — Beberapa tangkapan pendatang tanpa izin dan tekong telah dibuat selepas pihak berkuasa mengadakan kawalan keselamatan sempadan negara secara bersepadu dalam menangani penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut tangkapan itu, beliau berkata perkara itu membuktikan kerajaan mampu mengatasi dan menyekat kemasukan pendatang tanpa izin melalui lorong tikus dan sempadan negara.

“Polisi kita jelas daripada awal lagi apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menutup pintu masuk negara kepada warga asing kerana yang boleh masuk ke negara ini hanyalah rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

“Itupun mereka (rakyat Malaysia) dikuarantinkan secara wajib dan sekiranya mereka didapati positif COVID-19 mereka akan terus dirawat,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini, harı ini.

Ismail Sabri menegaskan warga asing yang cuba masuk ke negara ini secara haram sama ada melalui lorong tikus atau perairan tetap tidak dibenarkan.

— BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here